Profile Picture

Nur Husna *******

(Online & Physical)

Sarjana(master) - Chemical Engineering (Universiti Kebangsaan Malaysia))

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Kajang, Selangor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Husna lulusan ijazah sarjana muda (UNIMAS) dan sarjana (UKM) dalam bidang kejuruteraan kimia. Saya memulakan kerjaya saya sebagai tutor persendirian sejak tahun 2017 dimana saya mengajar subjek Kimia dan Sains bagi tingkatan 4 & 5. Saya juga ada mengajar di beberapa pusat tuisyen sekitar Ipoh pada tahun 2018. Pada 2019, saya mengajar di sebuah pusat tuisyen terkemuka di Bangi dan di situ saya telah mendalami ilmu mengajar dengan menghadiri beberapa latihan yang disediakan. Saya mencabar diri untuk mengajar subjek Matematik Tambahan dan Matematik pada tahun tersebut dan berjaya mengubah gred murid-murid SPM 2019 daripada gagal menjadi A dan lulus. Sekarang saya mengajar subjek Kimia, Matematik, Matematik Tambahan dan Sains untuk murid-murid tingkatan 4 & 5. Impian saya adalah untuk membantu anak-anak menguasai teknik menjawab soalan SPM sekaligus menggarap teori yang mereka pelajari selama ini.
Teaching Method(s)
Saya bekalkan nota ringkas kepada anak-anak dan memberikan latihan mudah berdasarkan nota yang diberikan.
Selepas itu, anak-anak akan didedahkan kepada soalan-soalan berdasarkan format peperiksaan sebenar dan mereka diajarkan teknik menjawab dengan betul.
Teknik menjawab saya tekankan dalam Kertas 2 bagi subjek Kimia dan Sains, manakala untuk Matematik Tambahan dan Matematik, saya suka anak-anak memahami topik-topik yang memberikan markah tinggi dalam peperiksaan.
Saya akan buat modul sendiri dan mengumpulkan soalan-soalan mengikut topik. Selain itu, saya akan memastikan akan ada kuiz selepas kelas dan 3 bulan sekali akan ada "mock test" bagi tajuk-tajuk yang telah dipelajari.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Tingkatan 4
Tingkatan 5
Sains Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1