Profile Picture

Najlaa Aqilah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Masters Of Islamic Finance Practice

Teluk Intan, Perak

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor dengan pengalaman mengajar selama 2 tahun. Saya merupakan graduan Sarjana dan saya sangat berminat untuk mengajar dua mata pelajaran kegemaran saya iaitu Bahasa Inggeris (English) dan juga Matematik. Sebelum ini, saya berpengalaman mengajar Bahasa Inggeris Darjah 2 dan Darjah 4, dan juga subjek Matematik Darjah 4. Minat saya dalam dua mata pelajaran ini telah membolehkan saya untuk menyambung pelajaran saya di Amerika Syarikat untuk Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi. Sebagai seorang pendidik yang berdedikasi, saya akan pastikan setiap kelas berjalan dengan lancar dan pelajar akan lebih bersemangat dan berminat dengan subjek tersebut. Jika berminat, sila hubungi saya sebagai tutor anda/anak anda.
Teknik Pengajaran
Antara teknik pengajaran yang saya gunakan untuk kelas dalam talian (online) ialah dengan menggunakan Google Slides. Saya akan masukkan gambar dan video menarik dalam pembentangan untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan interaktif, mengikut silibus buku teks sekolah. Selain itu, saya juga akan berikan latihan-latihan dalam talian untuk pelajar lengkapkan dan untuk penilaian kefahaman dalam subjek tersebut. Bagi kelas bersemuka, saya akan berikan buku-buku latihan yang bersesuaian untuk pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6