mytutor_mobile
Profile Picture

Nurlyana Binti *******

Sarjana Muda - Ijazah Pendidikan Bahasa Melayu (ipg Kampus Bahasa Melayu)

Kepong, WP Kuala Lumpur

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Cikgu Lyana merupakan seorang tutor yang berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan menengah. Berpengalaman dalam bidang Bahasa Melayu kerana merupakan lulusan Ijazah dalam bidang Pendidikan BM. Saya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang pengucapan awam sepert pidato, bahas dan mendeklamasikan puisi serta pernah membimbing murid dalam pertandingan bahasa sehingga ke peringkat kebangsaan. Saya juga ada menerbitkan beberapa buah buku karya puisi, modul membina ayat dan penulisan puisi.
Teknik Pengajaran
Saya pernah mendapat anugerah praktikum cemerlang sempena Majlis Konvokesyen IPGM 2021. Berdasarkan pengalaman mengajar murid yang mempunyai kecerdasan pelbagai yang berbeza-beza, saya menggunakan teknik dan kaedah yang bersesuaian mengikut kecenderungan murid untuk mencapai objektif pembelajaran. Antara teknik yang sering diguna pakai ialah teknik latih tubi dan didik hibur. Latihan berterusan amat penting sebagai pengukuhan kepada murid setelah mendapat pembelejaran di sekolah. Saya juga menyediakan bahan nota yang mudah difahami menggunakan konsep peta minda dan teknik mengingat format menulis karangan dengan mudah. Dalam BM, kepakaran saya dalam penulisan karangan dan tatabahasa. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5