mytutor_mobile
Profile Picture

Siti Syazwina *******

Diploma / Stpm - Diploma Pendidikan Awal Kanak - Kanak

Masjid Tanah, Melaka

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Syazwina. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 3tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Inggeris dan Matematik merupakan subjek minor.Subjek Agama adalah kekuatan saya. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang.Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 3tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan fonik merupakan asas kekuatan pengajaran saya .Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Fardhu Ain Tadika
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2
Kelas Agama Dewasa
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 1, Darjah 5
Bahasa Inggeris Darjah 1
Matematik Darjah 1
Prasekolah - 3M Tadika