Profile Picture

Fathin Hidayah

Sarjana Muda - Bachelor Of Arts (Hons) In E- Business

Rawang, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Fathin Hidayah dikenali sebagai Cikgu Fathin. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman lebih dari 5 tahun. Saya telah mula mengajar pada tahun 2016. Saya berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Terdapat beberapa subjek teras yang saya ajari seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Sains. Selain itu, saya juga mengajar pelajar dalam subjek Pengajian Islam, Sejarah dan Perniagaan. Saya berkemahiran dalam penyusunan modul bagi mendidik para pelajar untuk lebih teratur dan cemerlang dalam pelajaran. Saya juga mahir dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik dan kaedah yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur seperti video, kuiz dan juga permainan yang bersaskan pelajaran dalam mencapai objektif pembelajaran disamping menarik minat pelajar dalam kelas. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan dan juga yang saya gunakan bagi memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang disampaikan seterusnya dapat memahami denga lebih baik. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan matlamat saya sebagai pendidik.
Penilaian & Maklumbalas
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 1, Tingkatan 2