Profile Picture

Aisyah

(Physical)

Sarjana Muda - Teknologi Makanan & Bioprocess

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Graduated)

Rawang, Selangor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Saya adalah seorang tutor yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Bukan setakat itu sahaja, saya juga mempunyai bakat yang terpendam secara semulajadi dalam mengajar murid-murid. Mengajar adalah salah satu perkara yang saya boleh lakukan walaupun subjek atau input tersebut yang saya dapat itu diperoleh dalam masa yang singkat.

Saya seorang yang mudah mesra dengan murid-murid. Murid-murid juga seringkali mudah untuk mesra dan bersama dengan saya. Selain daripada itu, saya seorang yang sangat mudah memahami dan memberi empati terhadap kanak-kanak atau murid-murid yang sedang menghadapi cabaran dalam memahami pelajaran yang mereka sedang pelajari itu.

Teaching Method(s)
Dalam mencapai kemenjadian para pelajar serta murid-murid era kini, teknik pengajaran dan pembelajaran yang saya cuba terokai bersama dengan para pelajar saya, saya akan lebih memastikan para pelajar dan murid-murid dalam didikan saya gembira sambil belajar serta mendapat ilmu atau teknik baharu dalam subjek-subjek yang mereka mahu kuasai.

Saya akan memastikan mereka mendapat formula serta teknikal rahsia dalam cara mengingati pelajaran dengan mudah, tepat dan cepat.

Saya juga akan memastikan murid-murid saya memahami pengajaran dan pembelajaran saya telah sampaikan dan memastikan mereka boleh melakukan latihan tubi yang diberikan sehingga mereka boleh berdikari sendiri dan konsisten dengan latih tubi yang tersebut.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Dewasa
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Prasekolah - 3M Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 1
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Dewasa
Geografi Tingkatan 1
Sejarah Tingkatan 1
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1