Profile Picture

Dayang Jannatiah *******

(Online)

Sarjana(master) - Education (Teaching English As A Second Language)

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Graduated)

Kota Tinggi, Johor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Salam Sejahtera.

Saya Dayang. Sebagai seorang tutor, saya mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mendidik pelajar untuk menguasai subjek yang dipelajari. Mengajar subjek Bahasa Inggeris merupakan kemahiran saya dan memberi motivasi kepada pelajar untuk tidak mudah putus asa adalah sesuatu yang saya terapkan dalam sesi pembelajaran. Mahir berbahasa Inggeris bukanlah sesuatu yang mudah namun dengan semangat yang konsisten, tiada siapa boleh menghalang pelajar untuk sentiasa memperbaiki kelemahan mereka. Menguasai sesuatu bahasa mengambil masa yang lama dan memerlukan praktis yang kerap. Oleh itu, sesi pembelajaran saya lebih kepada praktis harian yang melibatkan penggunaan dan nilai bahasa Inggeris tanpa henti setiap hari.

Teaching Method(s)
'A flipped classroom in a student-centered environment with a sense of personalised learning through behaviorism' and 'Fluency over accuracy'.

Secara teknikal, teknik pengajaran yang saya terapkan membolehkan pelajar membuat keputusan sendiri dan membuat semakan melalui internet sebelum sesi bermula. Ini bagi membolehkan pelajar mendapat idea awal sebelum sesi bermula dan memberi fokus tambah. Pelajar juga amat dialu-alukan untuk membuat kesilapan kerana keyakinan diri perlu wujud sebelum boleh berinteraksi dengan lancar.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Dewasa
MUET Dewasa
IELTS Dewasa
MUET STPM - Tingkatan 6