mytutor_mobile
Profile Picture

Ain Natasya *******

Sarjana Muda - Degree In Arabic Language & Literature (uiam)

Kuantan, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum. Saya Ain, berumur 27 tahun. Saya merupakan graduan UIAM (dalam bidang Bahasa Arab). Saya berpengalaman mengajar subjek Bahasa Arab & Pend. Syariah Islamiah di Sekolah Menengah (Tingkatan 1 - 5). Saya pernah berkhidmat sebagai Fasilitator dalam Kursus Persediaan Pelajar ke Timur Tengah dan menjadi tenaga pengajar dalam Kursus Bahasa Arab (untuk murid2 Sekolah Rendah). Saya juga boleh mengajar Iqra' & Al- Quran serta asas Fardu 'Ain tanpa mengira had usia. Saya sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari Iqra'/ al-Quran. Jika anda berminat untuk mempelajari asas Bahasa Arab/ ingin skor dalam subjek Bahasa Arab, Pend. Syariah Islamiah/ ingin belajar mengaji, anda boleh terus hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Saya boleh mengajar secara bersemuka atau dalam talian (Panggilan Video/ Zoom / Google Meet dll. ). Pembelajaran juga boleh dilakukan secara individu / berkumpulan.
Kaedah yang saya gunakan: Penerangan + Latihan (Modul akan disediakan). Saya juga akan menjalankan pelbagai aktiviti interaktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran agar anda semakin berminat dan mudah mengingati pelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
P. Islam Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Arab Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mengaji - Iqra Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Mengaji
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4, Tingkatan 5