Saya Cikgu Bazli, seorang tutor yang komited dan berpengalaman selama lebih 8 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik Dan Matematik tambahan merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Berkebolehan mengajar menggunakan Teknik atau cara mudah untuk pelajar fahami, menjadikan saya seorang tutor yang dapat membentuk pelajar cemerlang. Motivasi dan disiplin menjadi keutamaan saya dalam sesi tutor kerana ianya dapat membantu sesi pembelajaran pelajar. Kecemerlangan dan keyakinan pelajar menjadi fokus saya untuk mendidik pelajar menjadi yang terbaik.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama lebih 8 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang mudah kepada para pelajar untuk diaplikasikan. Teknik Kata kunci ditekankan dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan Teknik menjawab soalan peperiksaan merupakan keutamaan saya kepada para pelajar untuk menguasai dan faham tentang subjek yang dipelajari. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.