About Me
Saya Cikgu Fared. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan bermotivasi tinggi. Walaupun saya buka bekerja sebagai guru, tetapi saya pernah bertugas sebagai guru tuisyen selama 3 tahun di Pusat Tuisyen Sukses Kok Lanas, Kelantan dan berkebolehan dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Inggeris merupakan subjek minor. Berkemahiran dan berketrampilan menarik menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan yang ada, saya akan menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik menghiburkan supaya pelajar tidak terlalu bosan sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran. Pelbagai pendekatan akan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan dan kejayaan pelajar dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.