Profile Picture

Rozallia Amirah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Degree In Economics (Universiti Malaya)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Alia. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman selama 8 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik dan Matematik Tambahan merupakan subjek utama saya dalam dunia pendidikan sepanjang pengajaran saya sebagai seorang tutor. Saya berkemahiran dan berpengalaman dalam mengajar pelajar secara individu dan juga secara berkumpulan. Saya juga mahir dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar kerana saya percaya kejayaan dalam pelajaran mestilah seiring dengan keperibadian yang baik. Nak anak anda cemerlang dalam subjek Matematik? Jangan lepaskan peluang mengikuti kelas bersama Cikgu Alia.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 8 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik dan bersesuaian dengan keupayaan setiap pelajar. Saya akan menyediakan nota ringkas dan latihan untuk setiap topik bagi memantau tahap kefahaman pelajar terhadap subjek tersebut. Kaedah pengajaran saya termasuk menilai prestasi pelajar secara berterusan dari semasa ke semasa. Saya akan mengajar setiap pelajar mengikut keperluan dan keutamaan mereka. Oleh itu, kaedah pengajaran saya akan sentiasa berbeza untuk setiap pelajar bagi memastikan saya dapat memberi hasil yang terbaik untuk mereka.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5