mytutor_mobile
Profile Picture

Nurhakimah Mohd *******

(tuition_job.class_type.Online)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (universiti Teknologi Petronas)

Paka, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Hakimah. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Berbekalkan pengalaman mengajar anak-anak saya di rumah semenjak dari tadika sehingga sekolah rendah, saya ingin berkongsi ilmu tersebut dengan pelajar lain. Menjadi bekas pelajar terbaik Matematik di waktu zaman persekolahan juga turut banyak membantu saya memahami kepelbagaian teknik untuk penambahbaikan dalam pelajaran matematik.
Teknik Pengajaran
Saya sedar, teknik mengajar setiap pelajar itu berbeza mengikut kemampuan pelajar. Oleh itu, sambil mengajar, saya akan menganalisa tahap keupayaan pelajar untuk saya pilih pendekatan yang paling sesuai untuk pelajar tersebut belajar subjek yang berkenaan dengan lebih mudah. Saya juga mengaplikasikan teknik mengaitkan teori dengan praktikal. Pendekatan tersebut amat penting bagi saya agar pelajar faham kegunaan matematik dalam kehidupan seharian dan bukan untuk cemerlang dalam peperiksaan semata-mata. Pelbagai pendekatan akan saya gunakan bagi memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Perkembangan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap

Tutor Berdekatan Anda