Profile Picture

Nuriasafriani Binti *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Pngk 3.73

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Kajang, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Nuria. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 5 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya juga merupakan guru sekolah yang telah berkhidmat selama 3 tahun. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Ekonomi merupakan subjek minor. Saya juga berkemahiran mengajar murid-murid prasekolah atau rendah yang masih tidak tahu membaca. Saya juga mahir menggunakan teknik fonik dan ejaan untuk mengajar murid membaca seawal 3 bulan. Saya juga mengajar murid-murid menengah rendah dan atas menggunakan modul CEMERLANG BM yang saya bina. Modul tersebut telah digunakan oleh 30 orang murid saya yang pernah menjalankan sesi bersama saya. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan murid. Nak anak pandai membaca dan cemerlang bahasa Melayu? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Melalui kela secara bersemuka, saya menggunakan pelbagai teknik supaya murid sentiasa aktif sepanjang sesi. Saya menggunakan MODUL BM bagi memudahkan murid memahami sesuatu topik dengan cepat. Saya juga menggunakan modul BIJAK MEMBACA yang membantu anak-anak membaca seawal 3 bulan. Saya juga menjalankan beberapa pendekatan seperti di bawah :
1. Menggunakan permainan bahasa secara dalam talian bagi mengasah pemahaman murid.
2. Menggunakan ipad bagi memudahkan penulisan dan penerangan secara dalam talian serta bersemuka.
3. Menggunakan modul latihan cemerlang SPM BAHASA MELAYU yang saya susun sendiri berdasarkan soalan-soalan tahun lepas.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5
Membaca - BM Tadika
Membaca - BI Tadika