Profile Picture

Anis Shazwani *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Kejuruteraan

Universiti Tenaga Nasional (Telah Bergraduasi)

Perak Tengah, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Anis. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 3 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya merupakan bekas guru di sekolah menengah swasta sebagai guru bahasa melayu dan matematik, dan mengajar tuisyen bagi pelajar sekolah rendah dan menengah dalam subjek yang sama. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 3 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menggunakan akronim untuk membantu saya mengigati sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga menyediakan nota dan peta minda yang berwarna warni bagi kelas dalam talian. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan dan memupuk minat anak-anak untuk terus belajar tidak kira level anak-anak tersebut merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Membaca - BM Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Prasekolah - 3M Tadika