mytutor_mobile
Profile Picture

Muna Amani *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Information Technology

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Putrajaya, WP Putrajaya

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Muna. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berimpian tinggi iaitu untuk melihat anak didik saya berjaya dalam pelajaran. Saya mempunyai tahap pendidikan sehingga Master dalam Teknologi Maklumat. Saya juga merupakan seorang yang ramah dan mudah didekati oleh kanak-kanak. Saya memilih untuk menjadi seorang tutor kerana ingin membantu murid-murid lebih faham dan mahir dalam subjek-subjek yang tertentu. Saya juga boleh membantu mereka menyiapkan tugasan sekolah mereka yang mereka tidak faham. Saya boleh mengajar subjek matematik, bahasa melayu dan juga membaca iqra' pernigkat sekolah rendah dan juga menengah kerana saya pernah menjadi tutor sambilan subjek tersebut ketika saya sedang Degree. Jadikan saya tutor anak-anak anda harini ini !
Teknik Pengajaran
Saya berpengalaman menjadi tutor selama 1 tahun 2 bulan semasa saya menjadi pelajar di Universiti. Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga akan mengunakkan teknik berfokus pada bab-bab yang tertentu yang kurang difahami oleh pelajar serta akan membuat latih tubi bersama-sama pelajar supaya mereka boleh bertanya terus kepada saya sekiranya mereka tidak faham. Pemahaman anak-anak semasa sesi pembelajaran merupakan visi saya sebagai seorang pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1
Matematik Darjah 5
Membaca - BM Darjah 1