Profile Picture

Nurshamira Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Perakaunan (Kepujian) Universiti Malaysia Terengganu

Batu Pahat, Johor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang graduan dalam bidang Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Malaysia Terengganu. Kerana minat yang mendalam untuk mendidik dan mengajar, saya telah memulakan kerjaya saya sebagai tutor selapas sahaja tamat SPM 2011, di Pusat Tuisyen Zamrud, Mersing,Johor. Selain itu, saya masih lagi meneruskan kerjaya sebagai tutor persendirian semasa saya sedang belajar di Kolej Matrikulasi Johor (2012) dan Universiti Malaysia Terengganu (2013-2017). Setelah bergraduasi, saya masih meneruskan kerjaya tutor sebagai kerja part time, yang mana ketika itu saya sedang berkhidmat sebagai guru kontrak di salah sebuah sekolah kerajaan iaitu SK Tengku Mariam (2018 - 2021). Setelah tamat kontrak, saya telah memulakan kerjaya tetap saya sebagai tutor di MyTutor pada November 2021. Keseluruhan disini, kira-kira 12 tahun pengalaman saya sebagai seorang pendidik bermula dari tahun 2011 sehingga kini. Objektif saya adalah untuk membantu semua golongan murid/pelajar untuk mereka skor dalam bidang akademik, sahsiah dan juga moral. Hal ini kerana, setiap murid/pelajar mempunyai nilai sebagai aset negara di masa hadapan.
Teknik Pengajaran
Teknik Pengajaran;

1) Murid membuat Latihan & Modul mengikut silibus yang digunakan di sekolah, termasuk Modul KBAT. Tujuannya untuk membantu murid memahami dan melihat kepelbagaian bentuk kehendak soalan.

2) Perbincangan penyelesaian masalah antara murid dan guru. Pendekatan pembelajaran inovatif ini menggalakkan murid/pelajar meneroka dan menemui perkara dan alatan baharu untuk meluaskan minda mereka. Tujuannya untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis.

3) Semak kefahaman murid/pelajar – Guru akan menguji kefahaman murid di setiap kelas yang berlangsung untuk menilai kapasiti pembelajaran dan pengetahuan pelajar terhadap topik yang dipelajari.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Dewasa
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5
Akaun Universiti - Diploma
Perniagaan Universiti - Diploma