Profile Picture

Nur Arina *******

(Dalam Talian)

Sarjana(master) - Science (Biotechnology)

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Telah Bergraduasi)

Semenyih, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi, saya Miss Arina, seorang tutor yang berdedikasi dan ikhlas untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran dan memahami sesuatu topik dengan cara yang mudah. Saya berpengalaman selama 2 tahun menjadi pensyarah di sebuah universiti awam, mengajar pelajar di peringkat Asasi dan Matrikulasi. Latar belakang pendidikan saya adalah major dalam Biologi, Sel dan Molekul, Genetik, Bioteknologi Tumbuhan, dan lain lain. Selain saya juga amat berpengalaman dan mahir dalam penyelidikan memberikan saya pengetahuan yang luas dalam bidang ini. Dengan minat dalam subjek sains dan biologi serta pengetahuan mendalam, saya percaya bahwa mempelajari biologi bukan sahaja tentang menghafal fakta-fakta, tetapi juga tentang memahami bagaimana semua elemen kehidupan saling terkait. Yakin pada saya dan pada anak anda, kita boleh berjaya.
Teknik Pengajaran
Saya yakin setiap pelajar mempunyai cara pembelajaran yang berbeza, jadi saya akan berusaha untuk menyesuaikan cara pembelajaran setiap individu. Saya menggunakan pendekatan yang pelbagai dalam mengajar, termasuk visualisasi dengan diagram, model dan video, perbincangan teori, quiz dan permainan, menjawab soalan praktikal, tips memahami dan menghafal teori, dan sebagainya untuk memperkuat pemahaman konsep-konsep teori. Saya juga percaya bahawa keterlibatan pelajar dalam pembelajaran sangat penting, jadi saya mendorong mereka untuk aktif terlibat dalam proses pembelajaran dengan pertanyaan-pertanyaan reflektif dan teknik diskusi.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Tingkatan 3, Darjah 5, Darjah 6
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 6