mytutor_mobile
Profile Picture

Siti Syarah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Major Fizik, Minor Matematik)

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Telah Bergraduasi)

Segambut, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Setelah bergraduasi pada tahun 2021, saya telah bekerja sebagai guru ganti di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur seperti SM Sains Seri Puteri, SMK Sentul Utama, SMK Segambut Jaya dan Sekolah Rendah Islam Integrasi. Disamping itu, saya juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai tutor persendirian selama 2 tahun. Sepanjang tempoh itu, ramai pelajar saya yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan akhir tahun.
Teknik Pengajaran
1. Murid akan diberikan soalan asas untuk subjek yang terlibat pada sesi kelas yang pertama bagi memudahkan guru untuk menilai secara kasar tahap pembelajaran murid.
2. Murid akan diberikan nota dan latihan yang telah disediakan khas oleh guru dimana ianya akan digunakan sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.
3. Murid juga dibenarkan untuk bertanya soalan berkaitan subjek di luar waktu pembelajaran melalui aplikasi Whatsapp.
4. Guru merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia, dan mempunyai pengalaman 2 tahun menjadi seorang tutor.
5. Guru mempunyai kemahiran dalam mengajar berdasarkan tahap pembelajaran murid tersebut.
6. Guru akan memastikan murid benar benar memahami topik yang terlibat.
7. Guru fasih dan boleh menjalankan kelas dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
8. Guru juga boleh berhubung dan berbincang berkenaan prestasi murid sepanjang kelas berlangsung termasuk masalah, kelebihan atau kekurangan.
Penilaian & Maklumbalas

Natasha Binti Mohd Halmi : Matematik

Alhamdulillah saya happy sangat dengan tutor ini kerana anak saya kata dia faham apa yang tutor mengajar. Tutor juga sangat bersabar dalam mendidik anak saya. Terima kasih

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1