About Me
Saya mesra dipanggil Cikgu Afiq . Saya berpengalaman dalam mengajar sejak sekolah menengah iaitu semasa saya form 4 dan form 5 sebagai Guru Muda di SBPI Rawang untuk subjek Maths , Sains dan Bahasa Arab . Setelah tamat SPM dan tamat diploma , saya telah menjadikan tutor ini sebagai kerja sampingan saya dimana saya boleh mengajar face 2 face dan juga online samada Personal ataupun berkumpulan . Saya selesa mengajar sekolah rendah dari darjah 3-6 dan juga Tingkatan 1 - Tingkatan 3 . Kerana usia tersebut perlu digilap segala asas dalam ilmu terutama subjek sains dan Matematik sebelum naik ke Menengah Atas ( Form 4 dan Form 5 ) . Kemahiran yang saya selalu berikan ialah saya suka mengajar teknik yang mudah difahami dan diamalkan oleh pelajar . Contohnya subjek Maths . Saya akan mengajar formula dan teknik yang simple dan easy untuk menyelesaikan masalah manakala subjek sains saya akan menerangkan sesuatu proses itu dengan lebih mudah dan pelajar dapat kaitkan dan membayangkan proses tersebut dengan berkesan. Kejayaan saya ialah saya boleh mengajar 3 adik beradik didalam satu masa dan pada masa yang sama dapat mengeratkan hubungan yang baik sesama pelajar dan juga ahli keluarga.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik Latihan . Buku Latihan dan kertas latihan akan dilakukan bersama selepas penerangan teori. Di dalam proses membuat latihan pelajar dapat mempratikkan segala yg dipelajari dan memindahkan maklumat dengan mudah difahami dan diingati oleh pelajar . Practices make perfect. Saya gemar melihat pelajar yang dapat mengenalpasti kesalahan yang mereka lakukan semasa latihan dan dapat mengingati dan lebih berhati hati untuk soalan kedepannya . Latihan sehingga Mahir itulah teknik dan keistimewaan saya dan itulah teknik bagi orang yang kurang gemar membaca teks panjang panjang . Dari latihan itu pelajar dapat mengetahui point dan isi- isi penting bagi setiap topik .