Profile Picture

Nur Zafirah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Sarjana Sains (Sains Kimia), Universiti Malaysia Terengganu

Tanah Rata, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi! Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Cikgu Zafirah, pernah bekerja dalam industri farmaseutikal dan R&D. Saya berpengalaman dalam mengajar subjek Sains - menengah rendah selama 3 tahun dan subjek Kimia selama 1 semester kepada pelajar Asasi STEM UMT. Saya merasa bangga dan puas apabila dapat membantu pelajar yang mengikuti kelas saya mencapai prestasi yang lebih positif, selain dikenali sebagai tutor yang mudah didekati. Mereka juga memberi maklumbalas bahawa kelas saya mudah difahami dan tidak membosankan. Sejak PKP, saya telah melibatkan diri sebagai sukarelawan di bawah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berkolaborasi bersama Yayasan PETRONAS untuk menjalankan usaha ‘Bridging the Online Learning Divide’. Misi utama saya adalah untuk berkongsi ilmu dan pemahaman agar tiada pelajar yang ketinggalan terutamanya tentang Sains. Saya juga akan membimbing rasa ingin tahu mereka dan menghubungkan apa yang dipelajarinya dengan kehidupan seharian, bukan hanya untuk tujuan peperiksaan. Jika anda menginginkan tutor yang berdedikasi dan berkemampuan dalam meningkatkan prestasi pelajar, saya siap membantu anak anda meraih kejayaan!
Teknik Pengajaran
Salah satu kelebihan utama dari pengajaran saya adalah tawaran pembelajaran secara online atau bersemuka serta fleksibiliti masa. Saya akan memahami keperluan dan kekuatan pelajar secara khusus, serta menyesuaikan strategi pengajaran saya agar lebih mudah mereka memahami konsep asas topik tersebut. Saya juga berhasrat untuk bukan sekadar mengajar, malah membimbing anak-anak didik saya menggunakan pendekatan ‘mentor-mentee’ agar mereka lebih selesa dan terbuka untuk berinteraksi. Termasuklah perbincangan tentang kerjaya dan masa hadapan jika diperlukan.

Hubungi saya sekarang untuk membawa impak positif bagi perkembangan akademik dan kepercayaan diri anak anda!
Subjek
Subjek Tahap
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 6
Membaca - BI Darjah 2
Membaca - BM Darjah 2
Mengaji - Iqra Darjah 1