Profile Picture

Nurul Dalila *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Batu Gajah, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi parents and students! Saya Cikgu Dalila. Merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai seorang yang komited dalam perjalanan untuk menjadi seorang pendidik, saya kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya bagi ikhtisas Diploma Pendidikan. Saya berkemahiran dan memiliki latar belakang pengetahuan yang luas dalam pengajaran subjek Biologi, Sains dan Matematik. Dalam pengajaran subjek Biologi, Sains dan Matematik, fokus saya adalah untuk menimbulkan rasa minat dan menghindarkan rasa terbeban dalam diri pelajar apabila mempelajari subjek-subjek tersebut. Saya juga boleh membantu pelajar untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berbekalkan minat saya yang mendalam terhadap dua subjek ini serta pengalaman mengajar sebagai guru di sekolah. Saya percaya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak dan setiap anak-anak layak untuk "diterangi" dalam pelajaran mereka.
Teknik Pengajaran
Bagi subjek Biologi dan Sains, aspek yang saya tekankan ialah kemahiran untuk menguasai isi kandungan penting dalam subjek-subjek tersebut. Oleh kerana kedua-dua subjek ini memerlukan para pelajar mengingati pelbagai fakta dan konsep, saya akan membimbing mereka dengan cara belajar yang lebih efektif seperti membuat peta minda, mencipta akronim, memasukkan unsur penceritaan ketika memahamkan sesuatu konsep sains di samping melengkapkan lembaran kerja. Bagi subjek Matematik pula, saya memberi penekanan kepada asas pengetahuan matematik pelajar. Pengetahuan asas seperti mengingati dan memahami sifir menjadi keutamaan saya semasa mengajar. Saya juga gemar berkongsi cara mudah untuk mengingati formula-formula matematik. Bagi subjek bahasa, saya akan membantu para pelajar menulis karangan mengikut format dan formula yang dirangka. Saya juga mengaplikasikan beberapa teknik untuk mematangkan corak penulisan pelajar dan memantapkan kosa kata. Cara belajar efektif yang saya kongsikan kepada pelajar juga adalah selaras dengan kecenderungan para pelajar. Saya juga turut menggunakan material visual seperti video dan permainan interaktif dalam kelas saya.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5