Profile Picture

Nurul Hazwani *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling

Kinta, Perak

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan lepasan Fakulti Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia. Semasa di universiti saya diberikan pendedahan tentang teknik mengajar, pedagogi dan psikologi pendidikan untuk digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ilmu tersebut telah saya praktikkan semasa menjalani latihan mengajar di SMK Putrajaya Presint 16(1) selama 6 bulan. Saya juga sedang bekerja sebagai guru sementara di SMJK bagi subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Seni.
Teknik Pengajaran
Sebagai guru muda, saya mengambil pendekatan untuk mendidik murid dengan kaedah berfokuskan murid. Semasa di kelas, saya akan menggalakkan murid untuk melakukan komunikasi dua hala kerana ia akan memudahkan saya untuk mengetahui tahap kefahaman murid. Selain itu saya juga percaya bahawa untuk memastikan murid dapat menguasai pembelajaran sebaiknya, saya perlu mempunyai hubungan yang baik dengan murid. Hal ini akan memudahkan murid untuk bertanya tentang pembelajaran yang kurang difahami dengan selesa. Dengan ilmu psikologi dan kaunseling, saya juga boleh membantu murid untuk mengetahui cara belajar yang terbaik, langkah untuk meningkatkan motivasi belajar dan sebagainya.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Tingkatan 5