Profile Picture

Ida Syahidda *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Telah Bergraduasi)

Puchong, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalammualaikum / Salam Sejahtera. Saya Cikgu Ida . Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 5 tahun dalam mendidik murid Sekolah Rendah dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Sains dan Bahasa Inggeris merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam sesi pembelajaran dan pengajaran berasaskan Modul Pendidikan Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai murid cemerlang. Saya juga sering mengendalikan kelas membaca bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kepada murid berumur bermula 4 hingga 6 tahun di peringkat Tadika atau Prasekolah. Saya turut berkebolehan dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan murid. Nak anak anda skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 5 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Antara teknik yang seringkali saya gunakan adalah melalui Teknik Improvisasi, Teknik Teater Bercerita dan Teknik Permainan Bahasa. Ini akan dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya imaginatif dan kreatif murid dalam menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih murid sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan apabila diperlukan. Kesemua teknik berikut bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kefahaman dan kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Penilaian & Maklumbalas

Balaramen : Bahasa Melayu

Masa tak tetap

Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Seni & Kraf Tadika
Matematik Tadika, Darjah 3
Membaca - BI Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sains Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Communication & Writing Tadika
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Pendidikan Moral Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3