Profile Picture

Siti Nur *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Sarjana Sastera (Kesusasteraan Melayu)

Nilai, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Teacher Izra, seorang graduan Sarjana Sastera (Kesusasteraan Melayu) dan tutor yang berpengalaman hampir 1 tahun dalam mendidik pelajar prasekolah dan pelajar sekolah rendah. Mahir dalam bidang bahasa Melayu terutamanya sastera. Subjek lain yang boleh diajar termasuklah subjek-subjek sekolah rendah terutamanya Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
Teknik Pengajaran
Sepanjang pengalaman menjadi tutor, saya menerapkan prinsip "fun-learning". Saya sering bersedia dengan pelbagai alat bantu mengajar yang menarik untuk dikongsikan bersama para pelajar. Saya mementingkan keseronokan dalam pembelajaran bagi mengelakkan rasa tertekan dan terpaksa dalam menimba ilmu. Konsep "tambat hati dulu, baru minda" merupakan prinsip dalam pengajaran saya. Dengan prinsip ini, pelajar yang dilahirkan bukan sahaja berjaya dalam pelajaran malah dapat memupuk minat mereka untuk tidak jemu menimba ilmu.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6