mytutor_mobile
Profile Picture

Mohd Zamry *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Pentadbiran Perniagaan / Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia (Kuala Lumpur) (Telah Bergraduasi)

Jasin, Melaka

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Zamry. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 8 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Perdagangan, Perniagaan, Sejarah , Matematik dan Rekabentuk Teknologi merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam melahrkan pelajar berfikiran aras tinggi serta pemikiran kritikal mendorong saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar dan program-program motivasi buat calon SPM dan pengajian tinggi di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta mempunyai pemikiran yang berdaya saing serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 8 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan pelbagai teknik yang menarik dan berkesan bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik mendidik sambil membimbing dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda dan mencari maklumat merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya berfikir , menganalisi serta memahami ilmu yang diajar. " Bukan memberi makanan kepada pelajar tetapi mengajar mereka bagaimana mencari makanan" merupakan prinsip saya . Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik dan pembimbing. Saya mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam mengendali psikologi remaja serta telah mendapat pengiktirafan dari Universiti Malbourne , Australia .
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Perniagaan Tingkatan 4, Tingkatan 5, Universiti - Diploma, STPM - Tingkatan 6
Pengajian Keusahawanan Tingkatan 5
Sains Tingkatan 1, Darjah 2, Tingkatan 2, Tingkatan 3