Profile Picture

Mohd Syahmi *******

(Online & Physical)

Diploma Pascasiswazah - Pendidikan Islam

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Kota Setar, Kedah

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum, marhaban bikum, nama saya Syahmi. Saya merupakan seorang lepasan graduan Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian Islam. Tujuan saya menyertai My Tutor adalah saya ingin mengukuhkan dan menggilap kemahiran mendidik saya sementara menunggu peluang untuk menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia kelak. Saya mempunyai pengalaman mendidik murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor setar Kedah. Saya juga ingin mencari pengalaman baru dalam mendidik murid-murid sekolah rendah. Subjek Pendidikan Islam merupakan subjek utama manakala subjek Pendidikan Moral dan Sejarah merupakan subjek tambahan ketika saya berkhidmat. Saya juga berkebolehan mengajar subjek Bahasa Arab menengah rendah. Saya terampil dalam merancang modul dan mempunyai keupayaan untuk membimbing pelajar dalam mencapai kejayaan akademik. Jika anda mencari guru yang rajin dan komited untuk mengembangkan potensi anak anda dalam penguasaan Bahasa Jawi, Bahasa Arab, dan pembacaan Al-Quran saya sedia membantu. Hubungi saya hari ini untuk perbincangan lanjut.
Teaching Method(s)
Pendekatan saya yang santai dan mesra rakan membantu menambah keyakinan dan keterbukaan pelajar dalam memahami konsep, kefahaman dan kewajipan beragama dengan lebih baik. Saya menerapkan elemen PAK 21 (Sumbang saran, Kaedah perbincangan, Demontrasi, dan Latih tubi), set induksi, EMK (Elemen Merentas Kurikulum) semasa proses pembelajaran berlaku. Jika anda mencari cara yang menyeronokkan dan efektif untuk membimbing pelajar baru dalam bidang agama, saya sedia membantu.
Subject
Subject School Level
P. Islam Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Arab Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Mengaji - Iqra Darjah 6
Jawi Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 6