Profile Picture

Nadia Aiman

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Bachelor In Malay Literature (University Of Malaya)

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Telah Bergraduasi)

Ampang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaiakum wbt. Saya Cikgu Aiman. Saya merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah agama swasta di Ampang. Saya berpengalaman mengajar subjek Bahasa Melayu bagi pelajar sekolah rendah, termasuklah kemahiran membaca dan menulis. Berkemampuan menerangkan sesuatu topik yang susah secara mudah, menarik dan interaktif kepada pelajar untuk memahami.
Teknik Pengajaran
Setiap pengajaran saya mempunyai satu objektif yang jelas untuk dicapai. Saya menggunakan teknik pengajaran interaktif, iaitu melibatkan komunikasi dua hala dan memerlukan pelajar turut serta dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Saya juga percaya setiap pelajar mempunyai keunikan tersendiri dan memerlukan pendekatan yang berbeza. Oleh itu, saya akan menggunakan teknik pengajaran yang sejajar dengan keupayaan pelajar untuk memahami sesuatu topik. Latihan dan ujian secara berkala juga disediakan bagi pemantauan kemajuan pelajar, seterusnya digunakan sebagai inti pati laporan pembelajaran bulanan kepada ibu bapa.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Penyuntingan - Canva Asas (Basic)
Membaca - BM Darjah 1, Tadika