Profile Picture

Muhammad Afiq *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Sains (Matematik Komputasi)

Universiti Malaysia Terengganu (Telah Bergraduasi)

Masai, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi. Saya Cikgu Afiq. Seorang guru di Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru. Saya juga merupakan seorang Guru Kanan Matematik di MRSM JB. Pengalaman mengajar di MRSM selama lebih 5 tahun manakala lebih 9 tahun pengalaman menjadi tutor. Saya merupakan seorang guru yang komited serta bersedia untuk membantu pelajar mencapai matlamat mereka. Saya seorang yang peramah dan kelakar tetapi sentiasa tegas dengan pendirian. Bidang kemahiran saya meliputi pengajaran Matematik dan Matematik Tambahan. Namun, fokus saya lebih kepada Matematik (Sekolah Menengah). Saya sedia membantu pelajar untuk menggapai A+ dalam Matematik. Anda mahu anak anda berjaya? Jom hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Berbekalkan pengalaman yang ada, saya suka menerapakan pembelajaran secara santai dan tenang. Topik yang pelbagai perlu dipecahkan dan difokus melalui kaedah mind-mapping. Pelajar juga didedahkan dengan soalan-soalan berbentuk peperiksaan seperti UASA dan SPM. Saya juga suka mengetengahkan teknik ringkas dalam penyelesaian Matematik agar pelajar cepat praktik dan cepat menjawab. Sebagai guru yang berpengalaman, saya yakin setiap pelajar ada potensi kecemerlangan yang boleh digilap. Saya teruja dan bersedia menjadi salah seorang guru untuk menggilap potensi itu.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, IGCSE MRSM - Tingkatan 1