Profile Picture

Mohd Nizam *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Kejuruteraan Elektrik - Mekatronik (Universiti Teknologi Malaysia)

Dengkil, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) dari Universiti Teknologi Malaysia dan telah dianugerahkan Ijazah Kelas Pertama. Telah mendapat 9A dalam SPM termasuk A bagi subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik. Berpengalaman sebagai personal/private tutor selama 7 tahun pengalaman (sejak 2017) dan telah membimbing lebih 100 orang pelajar peringkat menengah (Tingkatan 1 hingga 5). Berpengalaman sebagai tutor di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Berpengalaman bekerja di industri sebagai Jurutera Elektrikal dan boleh berkongsi situasi kerja sebenar kepada pelajar terutama calon SPM untuk mengetahui lebih mendalam profesion sebagai Jurutera. Kepakaran dalam subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik dengan mengaplikasi konsep Math dan Sains ketika bekerja dalam aspek menganalisis dan merekabentuk sesuatu produk atau sistem. Boleh mengendalikan kelas dalam Bahasa Melayu dan English. Boleh menjalankan kelas secara bersemuka dan dalam talian.
Teknik Pengajaran
Pengajaran menggunakan modul mengikut silibus terkini dan disusuli latihan pengukuhan mengikut subtopik.
Mendedahkan sample soalan SPM dan Percubaan sebenar kepada pelajar SPM supaya pelajar mahir dan faham format soalan.
Menghubungkait aplikasi sains sebelum memulakan sesuatu subtopik supaya pelajar tahu keperluan/kegunaan topik yang akan dipelajar dalam kehidupan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4