Profile Picture

Nurul Fathin *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Electrical Engineering ( Electronic)

Hulu Langat, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Nurul Fathin Noor. Saya merupakan graduan Universiti Teknilogi Mara ( UiTM ) dalam jurusan Bachelor of Engineering ( Hons ) Electronics. Saya telah menjadi tutor selama 8 tahun. Saya mempunyai pengalaman mengajar untuk subjek Matematik & Sains ( Sekolah Rendah ) Matematik, Sains, Fizik & Matematik Tambahan ( Sekolah Menengah ).
Teknik Pengajaran
Saya mengajar mengikut penguasaan pelajar. Setiap pelajar, saya akan mengenal pasti titik kelemahan mereka dan memberi perhatian khusus terhadap kelemahan tersebut.
Saya akan menggunakan contoh atau kaedah yang lebih mudah untuk pelajar memahaminya. Semasa kelas, saya juga sering menyuntik semangat kepada pelajar supaya mereka ada keyakinan diri untuk berjaya. Bagi saya, setiap pembelajaran yang dipelajari bukan hanya digunakan untuk menjawab soalan. Ia juga boleh digunakan dalam kehidupan kita. Setiap pelajaran yang dipelajari, jika dikaitkan dengan kehidupan ia boleh menjadikan pembelajaran itu lebih menarik dan mudah difahami. Saya akan cuba menjadi tutor yang terbaik untuk anak - anak anda.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 5, Tingkatan 4
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5