mytutor_mobile
Profile Picture

Anis Nabila *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan/ Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Telok Panglima Garang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan tutor yang tidak akan putus asa untuk memastikan pelajar di bawah seliaan saya benar-benar memahami subjek atau topik yang diajar.Saya akan berusaha menggunakan pelbagai teknik mengajar agar difahami oleh pelajar walaupun saya perlu mengulangi topik yang sama dengan teknik berbeza. Saya boleh memahami pelbagai ragam pelajar, sama ade pelajar sudah bersedia untuk mulakan kelas ataupun perlukan "warm-up" sebelum kelas. Jika perlu,saya akan mulakan dengan aktiviti bermain teka teki,mewarna,membaca buku cerita sebelum kelas.Mari saya bantu anak-anak anda!
Teknik Pengajaran
Untuk kelas permulaan, saya akan pastikan saya mengenali pelajar saya dengan baik supaya perjalanan kelas lebih lancar dan tidak kekok. Selalunya saya akan minta pelajar tuliskan atau bercerita tentang hobi mereka, keluarga dan sahabat mereka. Saya juga menyediakan rekod pelajaran bagi setiap pelajar saya untuk setiap kelas. Jadi saya sebagai tutor,pelajar dan ibu bapa juga jelas tentang perjalanan kelas untuk sesuatu subjek. Saya juga akan menilai kefahaman pelajar-pelajar saya melalui kuiz dan sentiasa peka dengan tarikh peperiksaan di sekolah agar tidak membebankan pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
P. Islam Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6