Profile Picture

Muhammad Ridzuan *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Aktuari

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Puchong, Selangor

Loyal Tutor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Ridzuan merupakan bekas graduan Sains Aktuari dari Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Kepakaran saya dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan dibantu daripada kelulusan pengajian di peringkat tertinggi saya yang merupakan subjek teras utama bagi lulusan Fakulti Matematik dan Sains Komputer. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 6 tahun dalam dunia pentutoran bermula dari tahun 2018 bagi peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM. Subjek Matematik & Sains Stream( Kimia, Fizik) merupakan subjek major saya dalam dunia pentutoran, manakala Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam Teknik Menjawab Soalan SPM berdasarkan modul Soalan Percubaan setiap negeri bagi tahun semasa menjadikan saya seorang tutor yang dapat melahirkan pelajar yang mampu menjawab soalan peperiksaan berdasarkan format skema jawapan. Nak anak anda skor A dalam SPM serta tingkatkan keyakinan anak anda dalam menjawab soalan peperiksaan sebenar? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Teknik Pengajaran:

1) Pelajar membuat latihan berdasarkan Modul Soalan Percubaan SPM mengikut negeri bagi tahun semasa termasuk teknik menjawab soalan sebenar peperiksaan dalam mencapai target kebolehan pelajar skor dalam pelajaran. Tujuannya untuk membantu murid memahami dan melihat kepelbagaian bentuk kehendak soalan sebenar.

2) Perbincangan konsep 2 hala penyelesaian masalah antara murid dan guru. Pendekatan pembelajaran inovatif ini menggalakkan pelajar meneroka dan menemui perkara dengan kritis untuk meluaskan minda mereka. Tujuannya untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah kendiri dan pemikiran kritis.

3) Semak kefahaman pelajar – Guru akan menguji kefahaman murid bagi setiap hujung sesi kelas yang berlangsung untuk menilai kapasiti pembelajaran dan pengetahuan pelajar terhadap topik yang dipelajari pada hari pembelajaran.

4) Pendekatan pemahaman bagaimana teknik permarkahan yang betul mengikut dapat membantu pelajar menjawab soalan mengikut jawapan yang dikehendaki.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5, Tingkatan 4
Matematik Tambahan Tingkatan 5, Tingkatan 4
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4