mytutor_mobile
Profile Picture

Najihah Mohamad *******

Sarjana Muda - Environmental Science And Technology

Kajang, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Najihah. Saya telah aktif sebagai home tutor sejak 2019, mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek sains dan matematik merupakan kekuatan saya dalam memdidik, disamping subjek kimia & fizik untuk menengah atas Berkemahiran dalam menghasilkan modul mengikut tahap IQ pelajar menjadikan saya seorang pendidik yang dapat memberi peningkatan dan mencapai taget pelajar dalam pelajarannya. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar tentang pembelajaran sebenar. Nak perbaiki pelajaran anak-anak terutama sekali subjet sains tidak kira rendah atau tinggi? Hubungi saya
Teknik Pengajaran
Dengan pengalaman saya dalam bidang sains dan teknologi, saya dapat menerapkan teknik-teknik yang menarik sesuai keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik yang mudah dengan memahami asas konsep dan objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Tekni analisis soalan soalan sebenar merupakan pendekatan yang sangat berkesan terutama subjet- subjet sains tulen. Peningkatan dalam mencapai target pembelajaran merupakan visi saya sebagai pendidik.Hubungi saya hari ini.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5