Profile Picture

Malissa Anis *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Network Engineering

Universiti Kuala Lumpur (Graduated)

Cyberjaya, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hi, Saya Teacher Anis. Saya merupakan seorang tutor yang komited dan berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam mendidik pelajar seawal pra sekolah hingga sekolah menengah. Matapelajaran Matematik dan Sains merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia merupakan subjek minor. Berkemahiran mengendalikan kelas secara atas talian atau perseorangan dan selesa untuk mengajar dalam dwi bahasa. Berpengalaman dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pengajar yang mampu membantu pelajar untuk mencapai gred impian dengan cemerlang. Sebagai tenaga pendidik nilai empati dan skill komunikasi yang baik banyak membantu saya untuk memberi motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Inginkan anak menyerlahkan potensi diri dan skor cemerlang dalam matapelajaran mereka? Hubungi saya hari ini dan saya sedia berkhidmat sebaiknya.
Teaching Method(s)
Setiap pelajar, akan dinilai tahap keupayaan mereka dan direkodkan bagi tujuan pembangunan modul pemulihan terancang untuk membantu pelajar saya pantas memahami dan mengaplikasi apa yang dipelajari. Saya suka menerapkan Fun and Active Learning konsep untuk mereka kekal fokus dan minat serta ingin tahu. Mind mapping dan pendekatan BUFSU (Baca,Ulang, Faham, Salin dan Ulang) juga saya anjurkan bagi meningkatkan daya ingatan dan kefahaman. Pop Quiz juga merupakan salah satu metod yang saya lakukan didalam kelas saya. Saya juga akan memastikan ibubapa pelajar juga ambil maklum tentang pencapaian dan pendekatan yang perlu atau akan diambil bagi membantu pelajar dalam subjek mereka.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tadika
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2
Prasekolah - 3M Tadika
Sains Darjah 1, Darjah 2