mytutor_mobile
Profile Picture

Aqilah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Sarjana Sastera (kajian Bahasa Melayu) Ukm

Ipoh, Perak

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan tutor yang mempunyai latar belakang bahasa Melayu di peringkat sarjana. Di samping boleh mengajar para pelajar dengan mata pelajaran bahasa Melayu bagi tahun 1 hingga tingkatan 6, saya juga boleh mengajar subjek Matematik bagi tahun 1 hingga 6 dan Sejarah. Selain mengajar beberapa subjek yang disebut, saya juga menawarkan pelajar yang mahu lancar dalam membaca bahasa Melayu di peringkat prasekolah hingga sekolah rendah.
Teknik Pengajaran
Saya akan memulakan kelas dengan membuat ujian atau kuiz yang ringkas untuk melihat kemampuan dan keupayaan para pelajar menguasai sesuatu subjek yang akan dipelajari. Setelah mengenal pasti keupayaan pelajar, saya akan teruskan pembelajaran dengan memberi soalan-soalan yang bersesuaian pada tahap pelajar. Saya akan menerangkan beberapa perkara untuk kefahaman pelajar sebelum latihan diberikan. Bagi pelajar yang mengambil kelas membaca, saya akan memastikan pelajar tersebut mempelajari kaedah fonik seperti yang dipelajari oleh mereka sebelum ini dan situasi sebaliknya. Pembelajaran akan dimulakan dengan mengenal huruf, suku kata, vokal dan konsonan dan seterusnya sehingga pelajar boleh membaca.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 6, STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 1
Matematik Darjah 6
Sejarah Tingkatan 1
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca - BM Darjah 3