Profile Picture

Nurul Amila *******

Sarjana Muda - Geomatic Sc. - UiTM Shah Alam

Semenyih, Selangor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Amila. Mula aktif dalam tutor semasa menjadi pelajar di peringkat diploma. Selain itu, saya juga giat menjadi pembimbing rakan sebaya semasa belajar. Kelompok sasaran saya adalah pelajar di peringkat sekolah rendah dan tadika kerana tahap awal ini sangat penting kepada pelajar untuk menerapkan dan memastikan mereka dapat menguasai asas utama seperti 3M. Bahasa Melayu merupakan subjek major yang menjadi kelebihan saya disamping saya juga berkebolehan dalam subjek lain seperti Sains, Sejarah dan Geografi.
Teaching Method(s)
Semasa proses pembelajaran dan pengajaran, saya menerapkan proses komunikasi dua hala di mana saya akan memastikan penglibatan pelajar secara aktif. Penglibatan pelajar secara aktif semasa pembelajaran dapat menentukan kefahaman pelajar berkenaan topik. Selain itu, pelajar juga diberi peluang untuk menyampaikan idea dan pendapat mereka semasa proses pembelajaran. Saya juga mengaplikasikan teknik bermain sambil belajar untuk menarik minat pelajar dan memastikan sesi pembelajaran seronok.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sains Darjah 2, Darjah 1
Matematik Darjah 1, Tadika
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca - BM Darjah 1, Tadika