Profile Picture

Nur Amalina *******

Sarjana Muda - Universiti Sains Malaysia

Puchong, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Amal. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 5 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah secara perseorangan atau kumpulan yang besar. Saya boleh mengajar 3M serta subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah. Berkemahiran dalam penyusunan modul mengikut silibus terkini menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 5 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur, peta minda, kuiz berkala dan video dalam mencapai objektif pembelajaran. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar terutamanya pelajar yang lemah boleh berupaya memahami ilmu yang diajar. Kecemerlangan anak-anak anda dalam mencapai keputusan yang cemerlang merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Mengaji - Iqra Tadika
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika
Bahasa Melayu Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Matematik Darjah 6, Tingkatan 3
Sains Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 3, Tingkatan 5