mytutor_mobile
Profile Picture

Siti Nur *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (perakaunan) Dengan Kepujian (universiti Utara Malaysia)

Muar, Johor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang graduan Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakunan) dengan Kepujian. Major Perakaunan dan Minor Bahasa Melayu. Saya seorang yang sentiasa inginkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menambah kemahiran dan ilmu yang sedia ada. Saya seorang yang mudah bekerja dalam kumpulan dan boleh juga bekerja secara individu. Saya juga gemar berkongsi ilmu yang saya perolehi dan juga minat saya dalam mengajar menjadikan saya seronok dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar. Sejak PKP 2020, saya ada menyediakan perkhidmatan tusyen kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan kampung saya.
Teknik Pengajaran
Saya gemar menjalankan PdP dengan menggunakan pelbagai teknik pengajaran. Teknik pengajaran dipilih berdasarkan kelompok pelajar sama ada pelajar sekolah rendah atau menengah. Antara teknik yang sering saya gunakan adalah seperti teknik simulasi, teknik soal jawab (biasanya di hujung PdP), teknik kuiz, teknik sumbangsaran dan sebagainya. Namun, perkara yang tidak berubah dalam teknik oengajaran saya ialah saya akan menjalankan sesi induksi setiap kali kelas berlangsung, tidak kira kelas bersama pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Sesi induksi yang dijalankan akan menggunakan medium yang berbagai seperti video, gambar, penceritaan mahupun simulasi. Saya juga sering menyediakan bahan pengajaran atau ABM mengikut minat pelajar (sekiranya sesi 1 to 1). Hal ini akan menjadikan pelajar tidak bosan dan lebih berminat untuk belajar. Dan setiap sesi PdP, saya akan sertakan latihan pengukuhan sebelum tamat sesi PdP tersebut.
Penilaian & Maklumbalas

Mohamad Razip Sirat : Matematik

Bagus👍

PUAN NORHATIZA : Bahasa Melayu

Tutor sangat baik, mudah memberi kerjasama, pengajaran anak suka dan menarik minat utk dia attend kelas.. tq

Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 4
Prasekolah - 3M Tadika