Profile Picture

Zuraida Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Mineral Resources Engineering USM

Lunas, Kedah

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya adalah tutor sepenuh masa, fokus pada kelas private tutoring. Telah menjadi tutor selama lebih 6 tahun, dan pakar untuk subjek Sains, Matematik, dan Kimia. Boleh mengajar Sains untuk pelajar sekolah rendah hingga menengah atas. Untuk Matematik fokus saya adalah untuk pelajar sekolah rendah. Pernah mengajar di sebuah pusat tusyen selama lebih kurang setahun, kemudian pernah menjadi pensyarah sambilan di UiTM untuk subjek Material Science (Diploma level). Sekarang saya fokus pada kelas private one to one. Jadi, saya mempunyai pengalaman dengan pelbagai peringkat pelajar. Boleh mengendalikan kelas secara bersemuka dan atas talian, juga selesa sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
Teknik Pengajaran
Sebagai pakar kelas private tutoring, saya suka mengambil pendekatan pengajaran berdasarkan karakter, tahap pencapaian, dan minat pelajar. Saya percaya pada pendekatan yang gentle. Gentle but not permissive. Saya juga selesa mengendalikan kelas secara bersemuka atau secara atas talian. Untuk kelas atas talian, adalah penting bagi saya untuk menyediakan bahan mengajar yang seronok dan interaktif untuk pelajar. Fokus saya adalah fun learning kerana saya percaya menuntut ilmu adalah proses seumur hidup, jadi penting untuk tanamkan minat keseronokan menimba ilmu kepada generasi muda kita.
Penilaian & Maklumbalas

Nazirah Binti Jamaludin : Sains

Kelas ekpress persediaan masuk tingkatan 3. Alhamdulillah anak feedback dia faham walaupun bukan detail setiap topik. Terima kasih cikgu.

Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3