Profile Picture

Mohamad Izriq *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Setapak, WP Kuala Lumpur

Institut Perguruan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Izriq. Saya merupakan seorang guru yang berdedikasi dan berpengalaman selama 5 tahun dalam mendidik murid-murid di sebuah sekolah kebangsaan. Saya telah menjadi tutor untuk murid-murid daripada pelbagai latar belakang, kemampuan belajar dan sekolah selama 6 tahun. Subjek Sains merupakan subjek major saya dalam bidang pengajian saya terdahulu, manakala Sejarah dan Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam pengajaran masteri iaitu pembelajaran mengikut tahap keupayaan murid dan peningkatan tahap secara beransur-ansur menjadikan ramai pelajar-pelajar saya mendapat hasil yang sangat positif dan peningkatan kualiti mereka yang lebih jauh dan baik daripada sebelumnya. Mahu anak-anak meningkat dan lebih menguasai topik-topik pembelajaran yang amat sukar? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 5 tahun dalam pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan murid-murid dan keunikan cara belajar mereka. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan saya yang pelbagai dalam memberi pemahaman kepada murid sesuai dengan keupayaan murid-murid yang unik. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami topik-topik dan sukatan pembelajaran yang diajar. Peningkatan dan pemahaman anak-anak dalam penguasaan terhadap sukatan pembelajaran, akademik dan sahsiah merupakan kegembiraan saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sejarah Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6