mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Aqilah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda - Kejuruteraan (dengan Kepujian) Elektronik (komputer), Unimas

Sungai Buloh, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan salam perkenalan daripada saya Cikgu Aqilah buat semua ibu bapa, anak didik dan bakal anak didik sekalian. Apa khabar? Cikgu harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan dirahmati oleh Allah SWT. Cikgu nak tanya ni, bagaimana persediaan akademik bakal-bakal pelajar cikgu? Anda mahu meningkatkan prestasi pembelajaran anda? Jom hubungi cikgu segera untuk memulakan sesi kelas kita. Nak tahu subjek yang cikgu ajar? Semestinya subjek MATEMATIK. Cikgu sudah mengajar subjek matematik lebih kurang 4 tahun khususnya bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. Jangan risau, cikgu juga ada mengajar subjek MEMBACA (BM) bagi semua peringkat umur, tidak kiralah prasekolah, sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Kelas cikgu seronok ke tak? Hm, ikut situasi. Kalau nak suasana ceria, jangan malu-malu dalam kelas dan kena aktif bila cikgu ajukan soalan atau pertanyaan. Cikgu nak pesan ni, kalau kita lemah dalam sesuatu mata pelajaran, kita kena yakin, usaha, buat latihan selalu dan berdoa kepada Allah supaya dilapangkan hati untuk menerima ilmu yang dipelajari dengan mudah. Ok semua? 👍 Tunggu apa lagi, jom hubungi CIKGU AQILAH.
Teknik Pengajaran
Cikgu mengajar secara atas talian dan juga kelas secara fizikal bersemuka. Kebanyakan kelas atas talian, cikgu menggunakan aplikasi ZOOM. Bagi kelas secara bersemuka pula, cikgu suka untuk menggunakan teknik-teknik yang menarik terutamanya dalam penghafalan sifir. Kita boleh menggunakan lukisan dan seni kreatif untuk mengingati sifir. Kenapa cikgu tekankan sifir? Sebab untuk memudahkan para pelajar menjawab soalan-soalan bagi semua topik dengan cepat dan baik. Bagi subjek matematik, banyak sebenarnya teknik yang boleh kita guna tidak kiralah mod kelas tersebut secala atas talian atau secara bersemuka. Teknik ombak sesuai untuk soalan perpuluhan yang berkaitan 10, 100 dan 1000, teknik butterfly untuk soalan pecahan, teknik KRS untuk soalan-soalan penyelesaian masalah situasi harian dan banyak lagi sebenarnya. Bagi subjek membaca, cikgu akan mengajar teknik fonik supaya lebih seronok dan santai. 🤓👍.
Penilaian & Maklumbalas

Mawar Baiduree Bt Jusop : Matematik

Anak mudah faham. Tutor yg berpengalaman

Siti Morni Bte Md Hussin : Matematik

Tutor bagus , anak suka dengan cara mengajar tutor ini :)

Siti Morni Bte Md Hussin : Matematik

Tutor sangat bagus, anak suka dengan pengajaran tutor

Mawar Baiduree Bt Jusop : Matematik

Kaedah pembelajaran dan penerangan, mudah faham dan tidak bosan

Mawar Baiduree Bt Jusop : Matematik

Penerangan cikgu mudah di fahami

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5