Profile Picture

Nurain Afiqah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (PEMULIHARAAN DAN PENGURUSAN BIODIVERSITI) DENGAN KEPUJIAN, UMT

Kuala Terengganu, Terengganu

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Ain, berusia 21 tahun. Saya merupakan graduan Diploma Perikanan UMT dan kini melanjutkan pelajaran dalam kos Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan Dan Pengurusan Biodiversiti) Dengan Kepujian di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Saya merupakan seorang tutor yang fleksibel dan menggunakan kaedah yang kreatif dalam pembelajaran. Subjek Bahasa Melayu dan Membaca Bahasa Melayu merupakan kepakaran yang saya mampu tawarkan kepada anda. Saya berpengalaman menjadi tutor bagi subjek Membaca Bahasa Melayu Darjah 1 dan Darjah 3 pada tahun 2022. Saya berkemahiran dalam mengenal pasti corak pembelajaran yang sesuai dengan pelajar dan meningkatkan penguasaan pelajar dalam subjek yang diajari. Saya akan memastikan pelajar mencapai tahap penguasaan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Memerlukan tutor yang kreatif dan fleksibel? Inginkan kecemerlangan untuk anak anda? Pilihlah saya sebagai tutor anda dan hubungi saya sekarang juga!
Teknik Pengajaran
Berpengalaman mengajar Subjek Membaca Bahasa Melayu bagi Darjah 1 dan Darjah 3 pada tahun 2022. Sepanjang sesi pembelajaran, saya mengajar secara fleksibel iaitu saya menggunakan teknik yang bersesuaian dengan julat umur pelajar supaya pembelajaran yang dijalankan dapat diikuti oleh pelajar. Sebelum pembelajaran bermula, saya akan menerangkan skop dan topik yang akan diajarkan kepada pelajar. Di samping itu, saya menyediakan jadual beserta aktiviti yang lengkap bagi membantu pelajar bersedia sebelum kelas dijalankan. Saya menyediakan buku latihan dan buku rujukan berdasarkan format KSSR dan KSSM yang terkini bagi memberikan pemahaman yang lebih mudah kepada pelajar. Saya juga menggunakan kaedah Belajar dan Main (Learn And Play) bagi membantu pelajar untuk memahami dengan lebih mudah perkara yang diajarkan. Antara medium tambahan yang saya gunakan sepanjang tempoh pembelajaran adalah melalui permainan atas talian seperti Kahoot, Word Wall, Live Work Sheet dan sebagainya. Ini bagi mempelbagaikan kaedah pembelajaran supaya dapat menarik minat pelajar. Di akhir pembelajaran, saya akan merekodkan prestasi pelajar menerusi kuiz dan ujian setiap hujung bulan supaya mudah untuk mengesan tahap penguasaan pelajar dalam subjek yang diajarkan. Ini bagi membantu pelajar untuk menguasai topik yang kurang difahami dengan lebih mendalam. Kecemerlangan anak anda menjadi keutamaan saya sebagai tutor.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Membaca - BM Tadika