Profile Picture

Norhaslena Binti *******

Sarjana Muda - Bachelor of Engineering (Chemical) (Universiti Teknologi Malaysia)

Johor Bahru, Johor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Lin. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama hampir 6 tahun dalam mendidik pelajar pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa melayu, sains dan lain-lain subjek merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih santai dan seronok, menangani pelajar lemah dan sukar memahami konsep dan menggunakan jalan penyelesaian kaedah yang paling mudah untuk difahami merupakan salah satu kelebihan saya. Saya juga berkemahiran untuk menukar persepsi buruk pelajar mengenai subjek tersebut kepada lebih meminati dan memahami subjek tersebut dengan lebih baik. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama hampir 6 tahun dalam industri pendidikan sama ada secara bersemuka atau dalam talian, saya selalu menggunakan kaedah yang paling mudah untuk difahami oleh setiap pelajar dan menarik minta pelajar untuk suka kepada sesuatu subjek terlebih dahulu. Saya gemar menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar (ABM) bagi memastikan setiap pelajar seronok menghadiri kelas di samping dapat belajar dalam keadaan tenang dan lebih fokus. Menggunakan soalan-soalan aras tinggi dan soalan-soalan tahun lepas merupakan salah satu kaedah yang saya gunakan bagi memastikan pelajar 'familiar' dengan soalan dan tahu cara yang tepat untuk menjawab. Pelajar faham dan seronok dengan ilmu yang dipelajari merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BM Tadika
Jawi Tadika, Darjah 1
Sains Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2
P. Islam Darjah 1, Darjah 2
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2