Profile Picture

Ainurul Shafiqah *******

(Online & Physical)

Diploma / Stpm - Stam ( Sma Al-ulum Al-syar'iyyah)

Selekoh, Perak

Sijil

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Shafiqah. Saya seorang yang berpendirian yang teguh dalam mencapai cita-cita ingin menjadi seorang guru. Saya merupakan seorang tutor yang baru untuk mencari pengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya sekarang masih dalam fasa mengambil Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan dan berada dalam tahun kedua. Subjek bahasa Arab merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala mengajar membaca Al-Quran serta Iqra' adalah bidang yang saya lakukan dalam tempoh 2 tahun. Berkemahiran dalam menyusun rancangan pembelajaran dengan baik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga pernah mengendalikan home tutor buat calon SPM dan STPM bagi subjek bahasa arab dan nahu sorof ketika PKP tahun lalu. Saya juga boleh dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak tingkatkan keyakinan anak anda? Boleh hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik-teknik pengajaran yang menarik bergantung kepada keupayaan dan keselesaan para pelajar. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek dalam bahasa Arab. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Infografik daripada pelbagai aplikasi seperti Canva yang menarik minat pelajar untuk pelajar juga saya boleh hasilkan bagi kefahaman yang mudah bagi pelajar. Kepuasan dan kefahaman anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Al-Quran Darjah 6
Bahasa Arab Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tadika
Lughatul Quran KAFA - Darjah 6
Jawi Tadika
Usuluddin Tingkatan 1
Syariah Islamiah Tingkatan 1