mytutor_mobile
Profile Picture

Nadriatul Adriyanti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (sains) Dengan Kepujian

Lahad Datu, Sabah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang kreatif, berdedikasi dan mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan. Saya merupakan graduan lulusan Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang pendidikan. Subjek Sains merupakan major saya dan subjek Biologi merupakan subjek minor saya. Dalam masa yang sama, saya juga menjadi tutor untuk subjek bahasa Inggeris bagi murid sekolah rendah (MUET: Band 4).Saya mempunyai pengalaman menjadi tutor peribadi secara atas talian (2022 - kini). Saya juga telah membantu ramai murid yang tidak pernah lulus bagi subjek Sains, matematik (SK), dan bahasa Inggeris sehingga lulus. Saya juga mampu meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan murid. Sekiranya, anak anda perlukan bantuan tutor secara one-to-one untuk meningkatkan lagi prestasi dalam pembelajaran disamping menambah keyakinan diri anak anda, jangan malu jangan segan untuk hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Sebagai tutor atas talian, saya kerap kali menyediakan alat bantu mengajar yang menarik untuk dipaparkan semasa sesi kelas berlangsung. Saya juga menggunakan teknik gamefikasi sebagai pentaksiran setiap kali kelas dijalankan. Tambahan itu, saya sentiasa memastikan diakhir topik pembelajaran bagi setiap sesi pentaksiran/latihan akan diberikan sekaligus dibincangkan sebelum kelas tamat. Saya juga menggunakan pendekatan Think-Share kepada murid untuk memastikan mereka memahami sesuatu topik yang dipelajari. Saya juga turut menerapkan komunikasi secara dua hala terhadap murid untuk memastikan maklumat yang disampaikan adalah berkesan dan mampu diproses oleh murid.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3