Profile Picture

Siti Nur *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Perguruan Sains Pendidikan Rendah Ipg Kampus Temenggong Ibrahim

Segamat, Johor

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Aisyah. Saya merupakah seorang guru kelulusan IPG yang baru sahaja ditempatkan di sebuah sekolah rendah di daerah Segamat, Johor. Bidang kepakaran saya adalah dalam mata pelajaran Sains dan Reka Bentuk Teknologi. Saya juga mempunyai pengalaman dalam mengajar beberapa mata pelajaran lain seperti Bahasa Inggeris dan Matematik. Saya juga mempunyai pengalaman menjadi seorang guru di pusat tuisyen sebagai kerja sambilan semasa saya masih belajar di IPG. Oleh itu, saya sangat berpengalaman dalam berkomunikasi dan menguruskan murid-murid yang berada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.
Teknik Pengajaran
Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pendidikan, saya percaya bahawa teknik pengajaran perlu disesuaikan dengan tahap keupayaan murid. Sebgaai seorang guru, teknik didik hibur adalah penting bagi menarik minat murid dalam menguasai konsep pembelajaran. Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai juga adalah penting bagi membantu murid memahami topik-topik yang sukar. Khusus bagi mata pelajaran Sains, penggunaan peta minda/ peta i-Think dapat membantu murid menyusun fakta-fakta bagi membolehkan mereka menguasai subjek tersebut. Sekiranya pembelajaran dijalankan secara atas talian, penggunaan TMK seperti kuiz interaktif sangat penting bagi membantu murid lebih fokus terhadap pembelajaran,
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 4, Darjah 5