Profile Picture

Nur Syazwani *******

(Online)

Sarjana Muda - Degree In Education ( Teaching English As Second Language ) With Honors ( Waiting For Graduation Day)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Ledang, Johor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Wani. Saya berpengalaman menjadi tutor sebelum saya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti bagi menambah baik kemahiran dan pengetahuan untuk mendidik. Saya merupakan seorang graduan pendidikan dengan kursus pengajian Bachelor in Education ( Teaching English as Second Language) with Honors yang mana saya telah didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran dan kaedah pendekatan dalam memahami serta membimbing pelajar dengan baik. Saya berpengalaman dalam mengendalikan pelajar sekolah rendah ketika bergelar tutor sebelum ini manakala pelajar sekolah menengah selepas menjalani sesi praktikal di dua buah sekolah bagi memenuhi keperluan pengajian saya. Ingin anak anda belajar Bahasa Inggeris dalam kelas yang positif dan ceria? Hubungi saya
Teaching Method(s)
Berpandukaan pengalaman yang saya miliki sepanjang mengajar pelajar-pelajar saya sebelum ini, saya berpengalaman dalam mengadaptasi pembelajaran berasaskan permainan. Saya telah mengadaptasikan kuiz digital seperti Kahoot! dan Quizzies! dalam pembelajaran bersemuka bersama pelajar sebagai assessment yang mana menarik minat pelajar untuk terlibat di dalam kelas dan bersaing bersama rakan-rakan. Selain itu, saya juga banyak melaksanakan aktiviti pembelajaran berasaskan template sebelum memberikan latihan kepada pelajar. Melalui cara ini, pelajar dapat memahami nota dengan baik dan mengetahui dengan cara menjawab soalan. Di samping itu, saya juga menerapkan Word check! di dalam setiap kelas dengan berkongsi perkataan baharu dan definisi berserta ayat contoh yang bersesuaian. Hal ini secara tidak langsung menambah pengetahuan pembendaharaan kata buat para pelajar.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5