mytutor_mobile
Profile Picture

Hanis Binti *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Bachelor Of Quantity Surveying

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Telah Bergraduasi)

Bemban, Melaka

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Tutor Hanis. Saya merupakan seorang graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan. Subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan subjek yang saya sangat mahir, manakala Matematik merupakan subjek major saya semasa peringkat Ijazah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan bersemangat tinggi dalam mengajar untuk membantu pelajar saya mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang ramah tetapi tegas dalam mengajar. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka tertarik dan berminat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah didik santai untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan dan hilang tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya juga mengajar mengikut tahap/ketangkasan (pace) pelajar agar pelajar tidak tertekan. Saya menggunakan tatabahasa mudah untuk memastikan anak didik saya dapat memahami dan menguasai pelajaran dengan mudah. Saya juga menggunakan akronim dan lukisan mudah untuk membantu pelajar mengingati sesuatu perkara dengan mudah.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Pendidikan Moral Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Jawi Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5