Profile Picture

Nur Fatini *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sijil - Matriculation (2020-2021)- CGPA 3.79 (Modul II)

Petaling Jaya, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan pelajar Tahun Dua Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di Universiti Malaya. Mendapat A matematik (PT3), A+ matematik moden (SPM) , A- matematik tambahan (SPM) dan A matematik (matrikulasi). Dalam mencapai semua keputusan sepanjang waktu belajar, saya telah menggunakan dan menguji pelbagai kaedah pembelajaran bagi mencari yang sesuai dengan keadaan dan komitmen diri ketika di waktu waktu tersebut. Saya juga berpengalaman dalam mengajar 3M secara sukarelawan di rumah anak-anak yatim. Saya mempunyai pengalaman mengajar kanak kanak yang memerlukan di Buku Jalanan Chow Kit, Kuala Lumpur. Memperoleh keputusan 8A dalam UPPK dan Pangkat 1 dalam Peperiksaan Darjah Khas membantu saya untuk membantu anak-anak tersebut belajar fardhu ain dan fardhu kifayah.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran adalah secara maya.
Sebelum pembelajaran bermula, saya akan mengelaskan dan mengumpulkan semua tajuk tajuk yang dipelajari di sekolah. Tajuk tajuk akan dibahagikan kepada tajuk yang perlu difokuskan, tajuk yang sudah difahami dan tajuk yang sukar difahami oleh pelajar.
Ini akan membantu saya untuk mengenal dan tahu akan tahap pemahaman pelajar akan subjek yang diajar.

Kemudian, sebelum satu topik diajar, saya akan menyediakan nota mudah dan ringkas untuk sama sama di"review" oleh saya dan pelajar. Dalam nota tersebut, saya juga akan melampirkan contoh contoh soalan agar pelajar dapat rujuk jika melakukan soalan di bawah tajuk yang sama. Jika pelajar sudah faham dengan baik, kami akan bersama sama menjawab soalan untuk setiap subtopik dan topik. Jika murid sudah faham dengan baik, murid akan menjawab beberapa soalan dengan sendiri.

Untuk subjek matematik, kekerapan melakukan soalan tambahan adalah satu kewajipan bagi seseorang pelajar untuk mahir akan topik yang diajar. Setiap murid akan mendapat kompilasi soalan soalan tahunan. Bukan sekadar nota sahaja.

2/1 minggu sebelum peperiksaan, murid akan diberi peluang untuk semak semula latihan yg dilakukan, dan menguji kefahaman mereka semula.

Sepanjang pengajaran, murid dibenarkan untuk mengajukan soalan kepada saya, diluar atau di dalam waktu kelas.

Terima kasih.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 4