Profile Picture

Nurul Hanisah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma In English Communication

Kolej Profesional MARA Seri Iskandar (Telah Bergraduasi)

Cheras, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hello semua! Saya Cikgu Nisah. Saya mempunyai minat untuk mengajar semenjak berumur 8 tahun. Saya juga telah didedahkan untuk memahirkan diri dalam Bahasa Inggeris dan ianya mendorong saya untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek major saya dalam bidang pendidikan. Setelah tamat SPM pada tahun 2017, saya mula mengajar pelajar sekolah rendah secara kecil-kecilan di dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Berbekalkan pengalaman menjadi seorang pelajar MRSM, saya melihat dan menganalisa cara-cara yang guru saya terapkan di dalam kelas agar saya dapat mengaplikasikan perkara yang sama kepada anak murid tutor. Saya juga mengambil peluang untuk mengajar pelajar sekolah Menengah untuk subjek yang sama. Semasa pandemik Covid-19, saya mengambil peluang untuk mengajar peringkat umur yang lebih dewasa iaitu atas 30an. Khususnya kepada mereka-mereka yang ingin memantapkan kemahiran berbahasa Inggeris secara asas. Sehingga ke hari ini, saya bekerja di sebuah hospital dan pada yang sama aktif mempromosikan bahasa Inggeris secara kecil-kecilan kepada kanak-kanak yang memerlukan khidmat tutor di sekitar Cheras. Bagi saya, pendidikan itu sebenarnya bermula dengan pendidikan di dalam hati. Seseorang pelajar itu boleh digilap dan diasah seandainya diberikan peluang dan dibimbing tanpa mengenal erti kelelahan. Saya berazam untuk menyambung Ijazah Pendidikan dalam masa yang terdekat dan menabur jasa semula kepada anak bangsa.
Teknik Pengajaran
Saya mengambil kira penerapan cara belajar sewaktu saya berada di MRSM beberapa tahun yang lalu. Saya memfokuskan kepada beberapa perkara yang akan saya terapkan bagi menjadikan seseorang murid itu kekal memberikan perhatian dan rasa seronok di dalam kelas. Antara perkara yang saya tekankan sebagai Teknik Pengajaran adalah:

1) Pelajaran yang bertema. Sebagai contoh, bagi subjek Bahasa Melayu, tema pada minggu itu merupakan Teknologi. Jadi minggu itu murid-murid akan didedahkan kepada karangan yang membincangkan kebaikan ataupun keburukan Teknologi. Pengkhususan tema ini dapat membantu seseorang murid itu menyusun atur ideanya dengan baik dan tidak bercelaru apabila mereka menghadapi peperiksaan.

2) Latih tubi. Memahami bahawa pentingnya latih tubi, saya berpendapat saya seorang guru yang tegas dalam memastikan seseorang murid itu TAHU dan FAHAM dengan latih tubi yang mereka lengkapkan. Hal ini untuk mengelakkan kerugian kepada mana-mana pihak dan untuk mengelakkan sesebuah pelajaran itu tidak berkesan.

3) Seronok dan setanding dengan 'Learning Style' terkini. Sebagai seorang pendidik, saya memahami bahawa kita tidak boleh 100% menerapkan cara pembelajaran kita dahulu. Justeru, permainan dalam talian, quiz, ataupun sebarang applikasi interaktif akan diaplikasikan di dalam kelas. Murid-murid sekurang-kurangnya tahu bahawa menjadi seorang pelajar itu adalah di mana kita menjadikan ilmu itu sebagai alam yang menyeronokkan untuk diteroka.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Seni & Kraf Tadika, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BI Tadika, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Tadika, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6